Kandungan

16 Oktober 2026 (Jumaat)- Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) telah mengadakan Sesi Taklimat Pemantapan Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Penarafan Bintang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nur'Aishah binti Md Norodin, Pengarah Bahagian Inspektorat, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sesi taklimat ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman kepada kakitangan MPPs yang bertanggungjawab kepada indikator-indikator penilaian di jabatan masing-masing.

Di samping itu, ia adalah bertujuan memastikan pengukuran dan penilaian dilaksanakan dengan tepat, teratur serta menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh JKT,KPKT.

Kehadiran Tuan Yang Dipertua MPPs dalam sesi ini, mencerminkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi dalam memperkasa pengetahuan kakitangan MPPs, meningkatkan kompetensi serta memastikan setiap jabatan memahami keperluan penilaian bagi mencapai prestasi perkhidmatan yang lebih cemerlang. Turut hadir Tuan Setiausaha MPPs dan Pengarah-pengarah Jabatan.

Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh melalui sesi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua kakitangan jabatan dalaman MPPs serta meningkatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan perkhidmatan MPPs demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat negeri Perlis.

#MPPsLEADS
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno1