Photo
Kandungan
Program Gotong Royong Perdana di kawasan Tanah Perkuburan Masjid Muhammadi Sungai Adam, Jejawi anjuran Ahli Majlis Kawasan Sena telah diadakan pada 24 Oktober 2026. Exco Kerajaan Negeri Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, YB Datin Marzita binti Mansor turut hadir menyantuni program gotong royong ini.
Program yang dilangsungkan ini telah memperlihatkan semangat kerjasama erat antara penduduk sekitar. Program ini turut disertai komuniti kariah masjid setempat yang berganding bahu membersihkan dan mengemas kawasan perkuburan bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan terpelihara.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis (MPPs), Tuan Haji Affendi Rajini Kanth telah hadir dan menyampaikan sumbangan peralatan seperti blower dan chainsaw bagi membantu memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perkuburan. Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pengurusan masjid dan komuniti setempat. Di dalam ucapannya, beliau berharap sekiranya semua masjid dapat menggerakkan aktiviti sebegini, maka kebersihan serta keindahan masjid serta kawasan sekitar dapat terus dipelihara sebaiknya atas inisiatif ahli-ahli kariah sendiri serta menjadi contoh yang harus dipuji dan dicontohi.
Penganjuran program seumpama ini telah mencerminkan semangat kerjasama yang baik dalam kalangan masyarakat, di samping memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kebersihan persekitaran serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan komuniti setempat.
#MPPsNo.1
Photo

