Kandungan

Pada 1 November 2026, bertempat di Elissa Garden Hall telah berlangsungnya MAJLIS MAKAN MALAM SINARAN CAHAYA “MATAKU SENTUHANMU” anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil MPPs dengan kerjasama erat Rumah Lavender dan Darul Muhsinin. Majlis telah diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. Menjunjung kasih Tuanku.

Majlis turut menyaksikan simbolik perasmian apabila DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menyentuh mesin braille dan simbolik tersebut sebenarnya amat bertepatan dengan tema majlis tersebut Mataku Sentuhanmu. Ia melambangkan sokongan dan keprihatinan terhadap komuniti OKU penglihatan.

Alhamdulillah, hasil daripada sokongan semua pihak, majlis ini berjaya mengumpul sumbangan keseluruhan berjumlah RM60,000.00 untuk Rumah Lavender dan Darul Muhsinin.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara selaku penyumbang terbesar dan penaja utama majlis, khususnya YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, serta YBhg. Datuk Liaqat Ali dari Ady Construction Sdn. Bhd. atas sokongan dan sumbangan yang amat bermakna.

Terima kasih kepada semua penaja, penyumbang, tetamu jemputan dan yang bersama-sama menjayakan majlis yang penuh bermakna ini demi Rumah Lavender dan Darul Muhsinin.

Semoga setiap sumbangan dan keikhlasan menjadi amal jariah serta membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

MataKU SentuhanMU – Berbeza keupayaan, tetap bersatu dalam kasih.