Kandungan

7 NOVEMBER 2026

ALHAMDULILLAH...

Seramai lima (5) orang wargakerja MPPs telah terpilih dan memenuhi kriteria yang ditetapkan majlis bagi mengerjakan umrah pada tahun 2026.

Mereka terdiri daripada :

1. Puan Zahirah Binti Azman

2. Tuan Haji Zailani Bin Ismail

3. Encik Ashrif Izuan Bin Mohd Aziz

4. Puan Khairulfizura Binti Khairuddin

5. Encik Hanudin Bin Sahri

Syarikat Tabung Haji Travel & Services telah dilantik untuk mengendalikan perjalanan umrah pada tahun ini.

Sesi pelepasan dilaksanakan di perkarangan pejabat MPPs dimulai dengan taklimat ringkas dan disusuli dengan bacaan doa sebelum para jemaah berangkat ke KLIA.

Jemaah umrah MPPs dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 8 November 2026 dan akan kembali ke tanah air pada 20 November 2026.

Yang Dipertua serta warga kerja MPPs mendoakan agar perjalanan pergi dan pulang para jemaah sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh umrah yang mabrur. InsyaALLAH.

#MPPsLEADS
#perliscentric

#perlispintar
#perlisno.1