• Tarikh: 26 November 2026 (Khamis)
  • Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
  •  Tempat: Dataran Pasar Malam Titi Chai, Perlis

Kerajaan Negeri Perlis terus melaksanakan Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat bagi DUN Tambun Tulang yang menjadi platform kepada rakyat untuk menyuarakan isu, aduan dan cadangan secara terus kepada Kerajaan Negeri Perlis serta agensi-agensi berkaitan.

Pelbagai agensi kerajaan turut membuka kaunter perkhidmatan dan aduan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta menyampaikan aduan secara terus. Antara agensi yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Perlis (MPPs), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS), Syarikat Air Perlis (SAP), Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR), MADA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis serta beberapa agensi berkaitan yang lain.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana program ini.

#MPPsLEADS
#perliscentric

#perlispintar
#perlisno.1

Gambar
PROGRAM PERLIS MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT