Photo
Kandungan
SONGKHLA, THAILAND, 10 OKTOBER 2026 – Program 4th Volleython Border Malaysia–Thailand 2026 telah berlangsung di Ban Prik, Songkhla, Thailand dengan penyertaan sebanyak 13 pasukan bola tampar dari Malaysia dan Thailand, terdiri daripada lapan ( pasukan wanita dan lima (5) pasukan lelaki.
Program sukan rentas sempadan ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan persahabatan, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh kerjasama antara komuniti sukan kedua-dua negara, khususnya dalam pembangunan sukan bola tampar.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis, Malaysia bersama-sama Mr. Surin Binlateh, Timbalan Majlis Daerah Prik, Thailand, sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong penganjuran aktiviti sukan yang mampu mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Thailand.
Penganjuran 4th Volleython Border Malaysia–Thailand 2026 diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai acara sukan tahunan yang bukan sahaja mencungkil bakat dan meningkatkan mutu permainan atlet, malah menjadi medium memperkukuh perpaduan, pertukaran pengalaman serta hubungan erat antara Malaysia dengan Thailand melalui sukan.
Photo

