Photo
Kandungan
Pada 24 Oktober 2026, telah berlangsungnya Pertandingan Hafazan, Masakan dan Aneka Kerabu Bersama Komuniti anjuran Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Perlis bagi kawasan Parlimen Arau. Program ini menampilkan beberapa pengisian menarik, antaranya pertandingan hafazan secara dalam talian, pertandingan masakan dan pertandingan aneka kerabu serta cabutan bertuah yang melibatkan komuniti setempat.
Penganjuran program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat, di samping memupuk nilai-nilai keagamaan, menyemarakkan kreativiti dalam bidang masakan serta menggalakkan penyertaan aktif komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis (MPPs), Tuan Haji Affendi Rajini Kanth,
MPPs sentiasa komited dalam menyokong usaha setiap Ahli Majlis dengan menyediakan peruntukan bagi melaksanakan program bersama komuniti setempat.
Setiap Ahli Majlis mempunyai kawasan masing-masing dan memainkan peranan penting dalam mendekati masyarakat, memahami keperluan penduduk serta memastikan hubungan antara pihak MPPs dengan komuniti sentiasa terjalin erat. Usaha seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kerjasama antara komuniti ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Photo

