Kandungan

Pada 3 November 2026, Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) telah mengadakan satu Perbincangan Berhubung Penyelesaian Aduan bertempat di Majlis Perbandaran Perlis.

Perbincangan ini diadakan bagi membincangkan langkah-langkah penyelesaian terhadap aduan yang diterima berhubung isu parkir kenderaan yang menghalang laluan serta menjejaskan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Padang Behor dan Kampung Jelempok, Perlis.

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis. Turut hadir, Encik Mohammad Faisol, Ahli Majlis MPPs, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Pelesenan MPPs, Ketua Bahagian Pelesenan MPPs, Ketua Bahagian Penguatkuasaan MPPs, anggota Bahagian Penguatkuasaan MPPs serta wakil pengusaha premis makanan yang terlibat.

Hasil perbincangan mendapati bahawa pihak pengusaha premis bersetuju untuk mengambil beberapa inisiatif bagi menangani isu parkir yang dibangkitkan, antaranya mendapatkan khidmat anggota RELA bagi membantu mengawal lalu lintas dan penyusunan kenderaan di kawasan parkir, di samping menyediakan kon keselamatan serta lampu amaran bagi mengelakkan kenderaan parkir di kawasan berisiko. Pelaksanaan inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kelancaran lalu lintas serta menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Prihatin Mendengar, Komited Bertindak.”

#MPPsLEADS
#perliscentric

#perlispintar
#perlisno1