Photo
Kandungan
Kangar, 18 November 2026 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Perlis (MPPs), Tuan Haji Affendi Rajini Kanth bersama delegasi MPPs telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Perlis, YDH DCP Hamzah bin Hashim, bertempat di Pejabat Rasmi Ketua Polis Perlis.
Kunjungan hormat ni merupakan sesi salam perkenalan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama strategik antara MPPs dan PDRM Kontinjen Perlis, khususnya dalam aspek keselamatan, ketenteraman awam, penguatkuasaan bersepadu, pengurusan persekitaran serta usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Negeri Perlis. Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan mengenai potensi pelaksanaan program-program kerjasama antara MPPs dan PDRM termasuk inisiatif pendidikan dan kesedaran masyarakat ke arah mewujudkan persekitaran bandar yang selamat serta meningkatkan kefahaman mengenai konsep Bandar Selamat.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Zaihairul bin Idrus, Ketua Cawangan Khas IPK Perlis, YDH ACP Mohd Rosli bin Md Yusoff Alfakree, Setiausaha MPPs, Tuan Redzuan bin Jaris serta pegawai-pegawai MPPs.
MPPs berharap agar jalinan kerjasama strategik bersama PDRM dapat terus diperkasakan melalui perkongsian kepakaran, penyelarasan program serta pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Photo

